Monday, July 24, 2017

Tanda Baca - HURUF BESAR


Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Tatabahasa, perlu dikuasai, perlu dikaut, dicedok, masuk ke dalam beg pengarang. Perlu, perlu, perlu. Begitu juga untuk semua, khususnya.
Kekeliruan menulis huruf besar dan huruf kecil bukan masalah anak kita yang Tahun 4, 5 atau enam. Ia masalah sejagat ya Kak Mah, Kak Bedah. Nak… nak kalau kita dah lama meninggalkan bidang tulis-menulis ni.

Huruf besar perlu ditulis dalam situasi;

1.       Huruf pertama awal ayat 

Contoh :
Hari ini hari Selasa
Akukah yang terlambat, atau waktu yang tercepat.

2.       Huruf pertama dalam petikan langsung/dialog

Contoh:
“Selesai mengkhatamkan Al-Quran, Yusuf Al- Nabhani melanjutkan pelajaran di Al Azhar ketika berusia 17 tahun.” (Mohd Faizal Harun, 2013)
“Saya tetap dengan pendirian saya,” katanya.
Pandangan matanya berkaca, "Saya rindukan emak..." ujarnya lirih hingga kantung air matanya pecah.

3.       Huruf pertama untuk kata nama atau kata adjektif selepas dialog

Contoh :
“Horey, sayalah pemenangnya!” Dia menjerit girang.
“Apa agaknya yang dia fikirkan?” Saya terus tertanya-tanya.

4.       Huruf pertama dalam ungkapan berkaitan kitab suci dan nama tuhan. Kata ganti nama ‘nya’ ‘mu’ untuk Tuhan mesti ditulis huruf besar.

Contoh :
Ampunan-Mu
Rahmat-Nya
Yang Maha Agung
Pencipta Yang Mutlak

5.       Huruf pertama berkaitan kehormatan, keturunan dan keagamaan
                
Contoh :
Duli Yang Maha Mulia
Tun Mahathir Mohamad
                Yang Berbahagia Ustaz Dato’ Kazim Elias

6.       Huruf pertama nama khas

Contoh :
Monalita Mansor
Kelas Asas Blog dan Penulisan

7.       Akronim (kependekan)

Contoh :
KWSP, TUDM, LUTH


Itu sahaja sedikit panduan menulis untuk hari ini. Selamat menulis buat para penukil.

Salam pena,
Geng TSJD


No comments:

Post a Comment